Assalamualaikum.. selamat datang keblog Dapur Ibu.. blog dapur ibu ni akak buat untuk akak kongsi resepi pada yg sudi dan tuk akak simpan resepi yg akak ada dan resepi2 ni ada juga dari arwah mak akak..dan lagi blog resepi ni akak tujukan khas untuk satu2nya puteri kesayangan akak.. mana tau kan,esok2 bila tiba2 puteri akak ni nak cuba belajar memasak ke,nak cuba buat kuih ke..?boleh la dia klik saja kat blog dapur ibu ni..kot2 la nanti akak terlupa lak kan..?maklum kita ni bukan nya semankin muda.. resepi ni mudah2 je..senang nak cuba sebab akak tujukan pada yg baru nak belajar memasak atau nak buat kuih.. sila la cuba yea..?

Saturday 29 May 2010

kek biskut marie(Azita)





Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk
Tips dari Azita:

Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!
cuba lah,akak dah cuba resepi dari azita ni,memang senang n sedap...
tak sempat nak tangkap gambo,dah licin,he3...
so..akak pinjam gambo dari azita jugak lah...
sori ye azita..?

No comments:

Post a Comment