n3 akak ari ni,pasal muffin
semalam petang akak buat muffin ni ngan anak
dara akak la...adik balik cuti hari buruh
so,akak ajar dia cara2 buat muffin..
sebenarnya ini pun kali pertama akak buat muffin
selalu tu buat kek ke,brownies ke,cookies ke dan lain2 la..
akak tengok ida buat kat TV3 ari tu cam senang je,
tu yg cuba tu...
akak buat muffin oreo & strawberry..
emmm....yum..yumm..
c.abg & anak2 cakap,sedap...
tq ida,akak copy resepi dari ida
resepi ida mudah dan ringkas,cara buat pun senang
sedap lagi....
akak sengaja tambah ke25-30 minit,sebab akak suka
rasa dia yg garing belah atas tu...
(resepi ni dah lama akak copy,lom sempat buat lagi,
baru semalam berkesempatan membuatnya..
kebetulan anak2 semua ada dirumah(sempena cuti hari buruh ari ni)
MUFFIN IDA
Bahan:
200 gm tepung naik sendiri
140 gm butter
120 gm gula
8 tbsp susu segar
2 biji telur
2-3 titik esen vanila
Cara menyediakannya:
1. Pukul sedikit butter dan gula (sekadar rata).
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sedikit (sekadar rata).
3. Masukkan susu segar, pukul sedikit (sekadar rata).
4. Masukkan tepung dan gaul rata dengan spatula (jangan lama).
5. Tuang ke dalam muffin cups anggaran 1/2 penuh dan bakar pada suhu 200 deg C (api atas dan bawah) selama 20 minit.
Nota:
- Untuk letak filling yang digemari - masukkan 1 sudu besar adunan ke dalam cup, letakkan filling dan tambah sedikit lagi adunan untuk menutup filling.
- Untuk kepelbagaian:
* adunan muffin boleh ditambah dengan biskut oreo yang dihancurkan dan hias dengan biskut oreo sebelum dibakar
* boleh campurkan perisa yang digemari seperti pandan, strawberi etc.
* boleh hias muffin dengan choc chip, badam flakes etc. (ikut kegemaran)
Posted by merpati66 at 5:45 AM
Labels: LIVE AT TV3 WHI
No comments:
Post a Comment