Assalamualaikum.. selamat datang keblog Dapur Ibu.. blog dapur ibu ni akak buat untuk akak kongsi resepi pada yg sudi dan tuk akak simpan resepi yg akak ada dan resepi2 ni ada juga dari arwah mak akak..dan lagi blog resepi ni akak tujukan khas untuk satu2nya puteri kesayangan akak.. mana tau kan,esok2 bila tiba2 puteri akak ni nak cuba belajar memasak ke,nak cuba buat kuih ke..?boleh la dia klik saja kat blog dapur ibu ni..kot2 la nanti akak terlupa lak kan..?maklum kita ni bukan nya semankin muda.. resepi ni mudah2 je..senang nak cuba sebab akak tujukan pada yg baru nak belajar memasak atau nak buat kuih.. sila la cuba yea..?

Saturday 29 May 2010

kek biskut marie(Azita)





Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk
Tips dari Azita:

Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!
cuba lah,akak dah cuba resepi dari azita ni,memang senang n sedap...
tak sempat nak tangkap gambo,dah licin,he3...
so..akak pinjam gambo dari azita jugak lah...
sori ye azita..?

Saturday 8 May 2010

Selamat Hari Ibu(Happy Mothers Day)



Assalamualaikum...
sempena menyambut hari ibu minggu ni
akak dengan bangga dan berbesar hati serta
seikhlas hati ingin menghadiahkan sejambak atau sekuntum
bunga,semestinya rose kepada semua teman2 bloggers
tak kira dari blog mana pun u ols..
blog decor english,blog antik,blog masak2,blog fesyen
atau apa2 je la..
asalkan u ols bergelar IBU,atau bakal bergelar IBU,IBU MERTUA atau NENEK
sudi2kan lah ye, petik dan tepek kat blog u ols...
dan dikesempatan ini akak juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih
pada yg menghantar sms sempena hari ibu
pada adik beradik,anak2 saudara,teman2 dan rakan2 bloggers
serta teman2 silent readers semua...dan yg teristimewa ucapan dari
anak2,menantu dan suami tersayang..
rasanya tahun ni terawal ucapan yg akak terima sepanjang
bergelar ibu..terimakasih untuk semua..sayang u ols muahhhhhh..
terimakasih sekali lagi,terharu ni...
dan pada semua ibu2 terima lah ucapan ini:-

YA ALLAH,WANITA YG SEDANG MEMBACA UCAPAN INI ADA LAH
SEORG IBU YG CANTIK,KUAT,SABAR..
KAU TINGKATKAN LAH KEHIDUPANYA DGN REZEKI YG BERKAT..
KAU RAHMATILAH SETIAP LANGKAHNYA DLM MENCARI REZEKI DEMI
KELUARGANYA..
KAU BERSIHKANLAH HATINYA..
KAU KUATKANLAH IMANYA..
KAU PELIHARAKANLAH DIRINYA DARI FITNAH..
AMIN YA RABBILALAMIN..
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU2 YG BERADA DIDUNIA INI

Wasalam

Saturday 1 May 2010

Muffin Idaisk@merpati66

Assalamualaikum teman2...
n3 akak ari ni,pasal muffin
semalam petang akak buat muffin ni ngan anak
dara akak la...adik balik cuti hari buruh
so,akak ajar dia cara2 buat muffin..
sebenarnya ini pun kali pertama akak buat muffin
selalu tu buat kek ke,brownies ke,cookies ke dan lain2 la..
akak tengok ida buat kat TV3 ari tu cam senang je,
tu yg cuba tu...







akak buat muffin oreo & strawberry..
emmm....yum..yumm..
c.abg & anak2 cakap,sedap...
tq ida,akak copy resepi dari ida
resepi ida mudah dan ringkas,cara buat pun senang
sedap lagi....
akak sengaja tambah ke25-30 minit,sebab akak suka
rasa dia yg garing belah atas tu...
(resepi ni dah lama akak copy,lom sempat buat lagi,
baru semalam berkesempatan membuatnya..
kebetulan anak2 semua ada dirumah(sempena cuti hari buruh ari ni)


MUFFIN IDA

Bahan:
200 gm tepung naik sendiri
140 gm butter
120 gm gula
8 tbsp susu segar
2 biji telur
2-3 titik esen vanila

Cara menyediakannya:
1. Pukul sedikit butter dan gula (sekadar rata).
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sedikit (sekadar rata).
3. Masukkan susu segar, pukul sedikit (sekadar rata).
4. Masukkan tepung dan gaul rata dengan spatula (jangan lama).
5. Tuang ke dalam muffin cups anggaran 1/2 penuh dan bakar pada suhu 200 deg C (api atas dan bawah) selama 20 minit.

Nota:
- Untuk letak filling yang digemari - masukkan 1 sudu besar adunan ke dalam cup, letakkan filling dan tambah sedikit lagi adunan untuk menutup filling.
- Untuk kepelbagaian:
* adunan muffin boleh ditambah dengan biskut oreo yang dihancurkan dan hias dengan biskut oreo sebelum dibakar
* boleh campurkan perisa yang digemari seperti pandan, strawberi etc.
* boleh hias muffin dengan choc chip, badam flakes etc. (ikut kegemaran)

Posted by merpati66 at 5:45 AM

Labels: LIVE AT TV3 WHI

Wednesday 14 April 2010

Jom minum..

Selamat petang semua...
emmmm..bestkan petang2 cam ni
minum teh o panas..
opss..!ingat,kurangkan manis atau gula dlm minuman
dan lebihkan manis dlm senyuman...
dah macam iklan lak,he3...
tapi tak best la minum sorang2..
adik tak de,c abg keje...
tak pe la..sambil2 tengok tv dan pekena kuih gelang
atau kuih keria ni,ok gak...
jemput minum..



tak payah resepi la ye..?
sebab senang sangat nak membuatnya,
rebus keledek,pastu lenyek2,masukan tepung sikit,
agak2 je,pastu buat ler cam bentuk gelang..
he3..dah siap goreng..
pastu sira ngan gula..
siap ler..
ok la ye...
wasalam

Monday 12 April 2010

Makan makan kat PLKN

Assalamualaikum..
ahad lepas akak ngan abang g lawat
puteri tunggal kami kat PLKN Pagoh..
dah 2 minggu dah adik kat sana,windu n sunyi rasa
bila adik tak de kat umah,selalu ngan adik le teman
gaduh akak,he3..selain ngan ayah dia..he3..
atas permintaan ayah dia,akak masak le nasi himpit
ngan rendang ayam serta kuah lodeh, lagi pun ahad tu
ada la hari ulang tahun abang yg ke49,
nak celebrate ngan budak2 kat PLKN la tu..
lepas subuh akak mulakan opersi masak memasak,
siap je lebih kurang jam 11 pagi,kami bertolak kePagoh
sampai PLKN Pagoh dlm ko 1.30ptg,lepas solat zuhur,acara
makan2 pun bermula...
jom layan..



ayah tak nak ketinggalan,tumpang sama makan..
dah lama gaknye tak makan sama ngan adik..
windu la tu..!he3
lagi pun hari tu kan hari lahir ayah..
kasi can la kan..?



cehhheh..langkah seorang wirawati..
kiri..kanan..kiri..kanan..!



gambar atas adik ngan ida,
salah seorang teman sebilik..



kami bergambar bertiga beranak..
panas ooo..masa tu..
kesian diaorangkan panas2 kena kawat..
baru 2 minggu tapi adik dah gelap dah,he3
berpanas kawat mana tak nye...
tak pe la kan,ni kan tuk kebaikan dia jugak,
sementara lom masuk mana2 IPTA..
tak lama,3 bulan je...
harap semuanya sihat/dipermudahkan dan ceria sepanjang 3 bulan diPLKN,AMIN...
WASALAM

Saturday 27 March 2010

Kek pisang singapura

Assalamualaikum..
n3 ari ni akak nak share resepi kek pisang
kek pisang ni kegemaran family akak
lembut dan halus kek ni
kenapa akak namakan kek pisang singapura..?
memang resepi kek pisang ni berasal dari singapura
akak dapat dari mak angkat yg berasal dari sana
so akak suka2 la letak nama dia kek pisang singapura
cuba la..senang je resepi dia..
sedap dan lembut lak tu..



resepi kek pisang ni juga,menjadi kesukaan anak saudara akak,
kak ngah..dia selalu membuatnya,tapi setiap kali dia nak buat
kek ni,dia sms akak tanya resepi...
ada ke patut...?macamana tu..?
haa..!kak ngah,ni mak usu dah masukan resepi dalam blog ni,
nanti kalau kak ngah nak buat,just klik je...
dan n3 kek pisang ni pun memang khas tuk kak ngah..


Bahan2:
1 3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn minyak mazola
2 cwn pisang emas(dilenyek)
3 biji telur
1 1/2 sudu teh soda bicabonate
caranya:
putar telur dan gula hingga kembang
masukan tepung gandum yg telah diayak bersama
soda,sedikit2 dan kacau rata
blend pisang yg telah dilenyek, bersama minyak
mazola,blend hingga halus
kemudian tuang kedalam adunan tepung tadi dan kacau rata
tuang kedalam acuan yg telah disapu dgn sedikit minyak
dan bakar himgga masak
bila sejuk,potong dan hidangkan

Sunday 21 March 2010

Makan apa tengahari tadi...?

Assalamualaikum..
n3 akak ari ni pasal lauk makan tengahari tadi
Alhamdulillah..biasa2 saja tapi akak tengok c.abang
berselera sungguh,maklum ari ni dia tak berkerja..
jadi waktu makan dia pun tak terburu2 seperti ari2 berkerja
dan lauk ari ni juga atas permintaan dia....
pagi tadi,balik dari kuliah subuh,c abang terus kepasar,
beli bahan2 yg dihajati tanpa memberitahu akak..
jadi akak pun masak la apa yg dia hajatkan..


ni juadah kami tengahari tadi..
tauge masak lemak putih campur tempe&tauhu
dan asam pedas ni,juga permintaan c.abang
ikan merah masak asam pedas,
memang c.abang suka makan lauk asam pedas

Friday 19 March 2010

Ayam masak asam pedas

Assalamualaikum dan salam jumaat tuk semua...
Alhamdulillah...akak baru dapat n3 petang ni..
ialah bila semua da siap dan ada masa sikit ni,
boleh la akak buat n3..
n3 ari ni pasal Ayam masak asam pedas,
lauk tengahari tadi...
kami sekeluarga menikmati hidangan ni bersama
kacang panjang goreng ikan bilis dimakan berserta nasi
hangat...
jom makan..

Ayam masak asam pedas,resepi asal dari
arwah mak..
kalau arwah mak akak,kacang panjang goreng
ikan bilis ni,dia akak letak kicap & suun,tapi akak
buat kosong saja,kekdg akak akan pecahkan telur,
jadi la kacang panjang goreng telur


Bahan2 Asam pedas:-
sekor ayam yg muda dan sedang besarnya
lebih kurang 30 tangkai cili kering*
7 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci ibu jari kunyit*
1 inci ibu jari halia*
1/2 inci ibu jari lengkuas*
kesemua bahan yg bertanda dikisar halus
5 biji kentang(dikupas dan dipotong dua)
3 biji tomato(dibelah dua)
segenggam daun kesum
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Caranya:-
ayam dipotong2 dan dibersihkan,kemudian perap dgn garam,
kunyit dan halia yg telah ditumbuk halus,biarkan sekejap
panaskan minyak,tumis bahan2 kisar tadi sehingga naik minyak,
masukan air asam jawa,serbuk kari,cili sos dan kicap serta garam
kacau rata,bila mendidih masukan ayam dan kacau rata,agak2
ayam separuh empuk masukan kentang,
bila ayam dan kentang telah empuk masukan tomato
dan daun kesum,
biarkan mendidih sebentar dan
rasa ikut kesesuaian u ols dan angkat.
boleh la dihidangkan bersama lauk pauk yg lain.
selamat menjamu selera.

kaswi atau kusoi

Selamat pagi..
ari ni akak nak share resepi kuih kaswi lak..
ada orang panggil kuih kusoi,arwah mak akak dulu
pun panggil kuih kusoi..
resepi ni sebenarnya pun dari arwah mak..
arwah mak akak dulu,suka buat kuih muih tuk
minum petang,setiap petang ada je kuih muih yg
dia buat,tapi ada tu akak tak berapa nak ingat la
resepinya....ok la berbalik pada kuih kaswi ni..
tak pe la,walau apa pun panggilan dia atau nama dia,
kaswi ni salah satu kuih fav akak jugak...
sebab nak buat pun senang,tak banyak cekadak la
orang katakan...
kalau nak lebih cantik,kekadang akak kukus dlm acuan
apam atau acuan agar2,yg berlekuk2 tu....
tapi nak senang dan cepat,curah je kedalam loyang 4 segi..
pastu kukus lebih kurang 30-45minit,dan kalau tak pasti,
ikut cara org dulu2,cucuk ngan garfu ke,lidi ke,kalau tak melekat
dah masak la tu...
angkat sejukan,pastu potong ikut suka,gaul ngan kelapa atau tabur
je kelapa tu kat atas kuih tu...
dah siap...
sila rasa...


Bahan2nya:-
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung sagu
4 cwn air
1/2 cwn gula merah
1 cwn gula pasir(gula pasir/gula merah dan 2 helai daun pandan dimasak dgn 1 cwn air)
kemudian tapis dan sejukan.
1 sudu besar air kapur(ditapis)
sedikit garam dan sedikit pewarna coklat
(pewarna coklat ni,akak tambah,dulu arwah mak tak letak pun)
Caranya:-
larutkan kedua2 tepung dgn 4 cwn air tadi, sedikit2 dan perlahan dgn
mengunakan senduk kayu saja,curahkan air gula yg dah ditapis tadi,
lepas tu masukan sedikit garam,air kapur
dan pewarna coklat,kacau rata2 kemudian tapis,
tuang kedlm loyang atau acuan yg telah disapu dgn sedikit minyak
dan kukus hingga masak
sejukan dan potong kemudian taburkan dgn kelapa yg dah digaul
dgn sedikit garam.

Thursday 18 March 2010

Sagu kelapa

Selamat petang teman2...
oleh kerana tekak akak belum berapa selera
nak makan,akak cam rasa nak makan bende2
yg lembut je...
tengahari tadi pun tak lalu nak makan nasi..
tapi makan jugak la sikit,takut nanti dah baik demam,
gastrik lak datang..
so lepas makan nasi tadi,akak pun belek2 la bahan
tuk nak buat kuih,tapi rasa cam lemah lagi badan ni,
tak larat lak nak buat yg temeh2 dan guna banyak bahan..
so..akak pun buat ler kuih yg senang dan simple je...
taraaaaaaaaa....dah siap dah kuih akak...
boleh la buat minum petang ni...
kena ngan teh hangat..perghhh...


ni lah kuih akak,kuih sagu kelapa..
tak tahu lak u ols panggil dia apa..?
resepinya mudah sungguh...
kalau nak cuba buat tu bila2 je boleh,
senang sangat...
Bahannya:-
1 cwn 1/2 sagu biji(basuh dan toskan)
2 cwn air
1/2 cwn gula pasir
sehelai daun pandan
beberapa titis pewarna merah
Caranya:-
masak air/gula dan daun pandan hingga mendidih
masukan pewarna merah kemudian masukan sagu biji,
kacau hingga sagu menjadi jernih dan buangkan daun pandan,
dan tuang kedalam keacuan.
sejukan sebelum dipotong, pastu gaulkan dgn kelapa parut yg telah
digaul dgn sedikit garam.
kemudian hidangkan.
selamat mencuba.
psstt.....kalau nak kelapa tu tahan lama,kukuskan kelapa tu sekejap,biarkan sejuk
sebelum digaul pada kuih tadi.

Salam perkenalan

Assalamualaikum....
selamat datang keblog masak2 akak...
akak tak lah pandai masak sangat,campak2 je...
akak mmg tabik ngan blog teman2 masak2 yg lain...
hebat2 semuanya,blog ni cuma nak buat panduan dan
kenangan dimasa akan datang,kiranya kalau ada blog ni
tak lah lupa resepi2 yg dah lama dok dalam kepalakan..?
so dengan adanya blog masak2 akak ni,dpt lah akak praktik semula,
mana2 resepi yg dah lama akak tak masak atau cuba..
sebenarnya masak memasak ni juga sebahagian hobi akak,
sejak dari zaman remaja lagi,akak mmg suka bab mengemas & masak2..
dan setakat tuk sekeluarga tu,boleh la....
so untuk perkenalan ni,akak nak share apa yg akak
buat tuk pencuci mulut semalam..


oleh kerana akak tak berapa sihat dah 3-4 hari ni
mungkin cuaca pun panas sangat agaknya..
untuk nak menyejukan badan dan tekak,akak buat
jelly buah2an(fruit jelly)
fruit jelly ni mmg fav kami sekeluarga
nak buat pun senang,cepat dan mudah.....
resepinya,senang je...tapi kalau nak,nanti2 akak
tuliskan yea..?
wasalam