Assalamualaikum.. selamat datang keblog Dapur Ibu.. blog dapur ibu ni akak buat untuk akak kongsi resepi pada yg sudi dan tuk akak simpan resepi yg akak ada dan resepi2 ni ada juga dari arwah mak akak..dan lagi blog resepi ni akak tujukan khas untuk satu2nya puteri kesayangan akak.. mana tau kan,esok2 bila tiba2 puteri akak ni nak cuba belajar memasak ke,nak cuba buat kuih ke..?boleh la dia klik saja kat blog dapur ibu ni..kot2 la nanti akak terlupa lak kan..?maklum kita ni bukan nya semankin muda.. resepi ni mudah2 je..senang nak cuba sebab akak tujukan pada yg baru nak belajar memasak atau nak buat kuih.. sila la cuba yea..?

Friday 19 March 2010

kaswi atau kusoi

Selamat pagi..
ari ni akak nak share resepi kuih kaswi lak..
ada orang panggil kuih kusoi,arwah mak akak dulu
pun panggil kuih kusoi..
resepi ni sebenarnya pun dari arwah mak..
arwah mak akak dulu,suka buat kuih muih tuk
minum petang,setiap petang ada je kuih muih yg
dia buat,tapi ada tu akak tak berapa nak ingat la
resepinya....ok la berbalik pada kuih kaswi ni..
tak pe la,walau apa pun panggilan dia atau nama dia,
kaswi ni salah satu kuih fav akak jugak...
sebab nak buat pun senang,tak banyak cekadak la
orang katakan...
kalau nak lebih cantik,kekadang akak kukus dlm acuan
apam atau acuan agar2,yg berlekuk2 tu....
tapi nak senang dan cepat,curah je kedalam loyang 4 segi..
pastu kukus lebih kurang 30-45minit,dan kalau tak pasti,
ikut cara org dulu2,cucuk ngan garfu ke,lidi ke,kalau tak melekat
dah masak la tu...
angkat sejukan,pastu potong ikut suka,gaul ngan kelapa atau tabur
je kelapa tu kat atas kuih tu...
dah siap...
sila rasa...


Bahan2nya:-
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung sagu
4 cwn air
1/2 cwn gula merah
1 cwn gula pasir(gula pasir/gula merah dan 2 helai daun pandan dimasak dgn 1 cwn air)
kemudian tapis dan sejukan.
1 sudu besar air kapur(ditapis)
sedikit garam dan sedikit pewarna coklat
(pewarna coklat ni,akak tambah,dulu arwah mak tak letak pun)
Caranya:-
larutkan kedua2 tepung dgn 4 cwn air tadi, sedikit2 dan perlahan dgn
mengunakan senduk kayu saja,curahkan air gula yg dah ditapis tadi,
lepas tu masukan sedikit garam,air kapur
dan pewarna coklat,kacau rata2 kemudian tapis,
tuang kedlm loyang atau acuan yg telah disapu dgn sedikit minyak
dan kukus hingga masak
sejukan dan potong kemudian taburkan dgn kelapa yg dah digaul
dgn sedikit garam.

No comments:

Post a Comment