Assalamualaikum.. selamat datang keblog Dapur Ibu.. blog dapur ibu ni akak buat untuk akak kongsi resepi pada yg sudi dan tuk akak simpan resepi yg akak ada dan resepi2 ni ada juga dari arwah mak akak..dan lagi blog resepi ni akak tujukan khas untuk satu2nya puteri kesayangan akak.. mana tau kan,esok2 bila tiba2 puteri akak ni nak cuba belajar memasak ke,nak cuba buat kuih ke..?boleh la dia klik saja kat blog dapur ibu ni..kot2 la nanti akak terlupa lak kan..?maklum kita ni bukan nya semankin muda.. resepi ni mudah2 je..senang nak cuba sebab akak tujukan pada yg baru nak belajar memasak atau nak buat kuih.. sila la cuba yea..?

Sunday 21 March 2010

Makan apa tengahari tadi...?

Assalamualaikum..
n3 akak ari ni pasal lauk makan tengahari tadi
Alhamdulillah..biasa2 saja tapi akak tengok c.abang
berselera sungguh,maklum ari ni dia tak berkerja..
jadi waktu makan dia pun tak terburu2 seperti ari2 berkerja
dan lauk ari ni juga atas permintaan dia....
pagi tadi,balik dari kuliah subuh,c abang terus kepasar,
beli bahan2 yg dihajati tanpa memberitahu akak..
jadi akak pun masak la apa yg dia hajatkan..


ni juadah kami tengahari tadi..
tauge masak lemak putih campur tempe&tauhu
dan asam pedas ni,juga permintaan c.abang
ikan merah masak asam pedas,
memang c.abang suka makan lauk asam pedas

No comments:

Post a Comment