Assalamualaikum.. selamat datang keblog Dapur Ibu.. blog dapur ibu ni akak buat untuk akak kongsi resepi pada yg sudi dan tuk akak simpan resepi yg akak ada dan resepi2 ni ada juga dari arwah mak akak..dan lagi blog resepi ni akak tujukan khas untuk satu2nya puteri kesayangan akak.. mana tau kan,esok2 bila tiba2 puteri akak ni nak cuba belajar memasak ke,nak cuba buat kuih ke..?boleh la dia klik saja kat blog dapur ibu ni..kot2 la nanti akak terlupa lak kan..?maklum kita ni bukan nya semankin muda.. resepi ni mudah2 je..senang nak cuba sebab akak tujukan pada yg baru nak belajar memasak atau nak buat kuih.. sila la cuba yea..?

Friday 19 March 2010

Ayam masak asam pedas

Assalamualaikum dan salam jumaat tuk semua...
Alhamdulillah...akak baru dapat n3 petang ni..
ialah bila semua da siap dan ada masa sikit ni,
boleh la akak buat n3..
n3 ari ni pasal Ayam masak asam pedas,
lauk tengahari tadi...
kami sekeluarga menikmati hidangan ni bersama
kacang panjang goreng ikan bilis dimakan berserta nasi
hangat...
jom makan..

Ayam masak asam pedas,resepi asal dari
arwah mak..
kalau arwah mak akak,kacang panjang goreng
ikan bilis ni,dia akak letak kicap & suun,tapi akak
buat kosong saja,kekdg akak akan pecahkan telur,
jadi la kacang panjang goreng telur


Bahan2 Asam pedas:-
sekor ayam yg muda dan sedang besarnya
lebih kurang 30 tangkai cili kering*
7 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci ibu jari kunyit*
1 inci ibu jari halia*
1/2 inci ibu jari lengkuas*
kesemua bahan yg bertanda dikisar halus
5 biji kentang(dikupas dan dipotong dua)
3 biji tomato(dibelah dua)
segenggam daun kesum
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Caranya:-
ayam dipotong2 dan dibersihkan,kemudian perap dgn garam,
kunyit dan halia yg telah ditumbuk halus,biarkan sekejap
panaskan minyak,tumis bahan2 kisar tadi sehingga naik minyak,
masukan air asam jawa,serbuk kari,cili sos dan kicap serta garam
kacau rata,bila mendidih masukan ayam dan kacau rata,agak2
ayam separuh empuk masukan kentang,
bila ayam dan kentang telah empuk masukan tomato
dan daun kesum,
biarkan mendidih sebentar dan
rasa ikut kesesuaian u ols dan angkat.
boleh la dihidangkan bersama lauk pauk yg lain.
selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment